
Which disc is turning faster??
A or B???
Give your answer.. I just want to know, how many people can give right answer. Are you ready for answer?? hahaha..
Read more...
Monday, October 19, 2009
Let's answer this SimPle Question. Are you ready??
Labels: question, simple, teka teki
Posted by taqi at 8:58 PM 3 comments
Sunday, October 18, 2009
Tak Sampai seminggu dah Top Leader Dari Seluruh dunia.
Baru sahaja seminggu Gdi yang diperkenalkan dengan menggunakan Autoviral, Malaysia berada di tempat pertama di Top Leader. Sungguh tak disangka. Tak sia2 menggunakan sistem Autoviral ini. Klik di sini untuk melihat video yang telah disediakan. Read more...
Wednesday, October 14, 2009
Laporan temubual hangat untuk didownload oleh anda!!!! (FREE!!!)
Seperti mane yang anda tahu, post sebelum ini, saya menceritakan tentang serba sedikit Zamri Nanyan (Usahawan internet Sepenuh Masa). Beliau telah mencipta satu sistem pemasaran iaitu "Sistem Pemasaran AutoViral". Sistem ini bertujuan memudahkan perniagaan internet anda. Ianya adalah ciptaan seorang yang telah berpengalaman sejak tahun 2003 lagi. Di sini saya ingin memberikan kepada anda satu laporan percuma dimana laporan tersebut adalah dari temubual salah seorang IM Malaysia (Razif) juga dengan Zamri Nanyan. Anda boleh dapatkan laporan tersebut dengan klik gambar di bawah.
Read more...
Labels: Autoviral, ebook, free, percuma, temubual, Zamri Nanyan
Posted by taqi at 7:58 PM 0 comments
Monday, October 12, 2009
Erti Kebebasan Dan Disiplin Dalam Perniagaan Internet oleh Zamri Nanyan
3 Ogos 2009 merupakan hari terakhir saya bekerja di dalam sebuah syarikat swasta di Pulau Pinang. Pendapatan 6 angka setahun di dalam syarikat tersebut saya tinggalkan untuk melakukan sesuatu yang saya ingin kecapi di dalam hidup ini. Tarikh tersebut juga menamatkan servis saya selama 12 tahun lebih di dalam syarikat “Research & Development” tersebut.
Mengambil keputusan untuk berhenti kerja bukannya mudah.
Saya bukannya seorang bujang. Dengan tanggungjawab sebagai seorang suami dan bapa kepada 2 orang anak yang masih di bangku sekolah dan seorang lagi tak sampai 2 tahun umurnya, saya pasti ada rintangannya.
Walaubagaimanapun, saya sudah buat keputusan nekad saya sendiri.
Saya inginkan sebuah perniagaan internet yang akan memberikan saya kepuasan dan kebebasan untuk melakukan apa yang saya kehendaki.
Saya mahukan masa saya banyak dihabiskan bersama-sama dengan keluarga dan melihat sendiri anak saya membesar di depan mata.
Namun, di sinilah datangnya cabaran dan disiplin.Disebabkan anak-anak saya yang masih lagi kecil,
mereka memerlukan perhatian yang rapi. Si Imran bukanlah macam kakak dan abangnya. Beliau aktif sehingga boleh menaikkan rasa marah. Apa yang dilarang, itu yang dia nak.
Tapi itulah yang dinamakan kanak-kanak. Kena banyak bersabar.Dan sebabnya yang ingin saya nyatakan di sini ialah, walaupun saya sekarang bebas untuk melakukan perkara yang saya suka, saya masih lagi melakukannya pada masa rutin harian yang saya lakukan sebelum berhenti kerja - iaitu menjalankan majoriti daripada perniagaan internet saya pada waktu malam apabila si anak kecil sudah masuk tidur (mungkin pada masa akan datang, ianya akan berubah)
Jadi, adakah ini dikatakan menjalankan perniagaan internet sepenuh masa? :)
Atau menjalankan perniagaan internet separuh masa itu sebenarnya telahpun menjalankan perniagaan internet sepenuh masa?
Tak tahulah apa jawapan anda.
Tetapi, definisi saya ialah jika anda tetapkan bahawa anda akan lakukan perniagaan internet anda 3 atau 4 jam sehari dan lakukannya secara konsisten, anda sebenarnya telahpun menjalankan perniagaan internet anda secara sepenuh masa, tak kira anda masih bekerja dengan orang lain ataupun tidak.
Dan jika anda berhenti kerja dengan orang lain, dan masih menjalankan perniagaan internet anda 3 atau 4 jam sehari, tidakkah ianya juga bermaksud perkara yang sama.
Itulah sebabnya juga terlalu ramai yang beranggapan saya telahpun menjalankan perniagaan internet sepenuh masa sejak bertahun lamanya, bila saya masih lagi bekerja di syarikat swasta. Sebabnya ialah saya konsisten dengan usaha saya.
Memang saya tidak pernah nyatakan bahawa saya melakukan perniagaan internet secara separuh masa sebelum ini, kerana bagi pendapat saya, jika saya nyatakan sebegitu, ianya cuma akan memberi impresi kepada diri saya bahawa saya melakukan perniagaan internet ini separuh hati sahaja.
Dan itulah juga salah satu sebabnya kenapa rakan sekerja saya sebelum ini pernah berkata bahawa saya menjalankan perniagaan internet secara sepenuh masa, dan bekerja separuh masa - kerana pendapatan yang saya perolehi ada kalanya melebihi beberapa bulan gaji saya di syarikat tersebut.
Jadi, secara ringkasnya di sini, jika anda juga ingin membina perniagaan internet anda untuk menjadikannya sebagai sumber pendapatan utama anda nanti, lakukannya sepenuh hati, konsisten dengan apa yang anda usahakan dan tanamkan kepercayaan yang suatu hari nanti, anda juga dapat membina perniagaan internet dengan masa dan tempat yang anda tetapkan sendiri.
Mengenai Penulis
Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam Perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau dengan KLIK DI SINI untuk mengenali Zamri Nanyan dengan lebih dekat.
===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Zamri Nanyan di atas tidak dibuang.
Read more...
Saturday, September 19, 2009
SeLamat Hari Raya Aidilfitri!!!!

Dengan ini, saya sebagai tuan punya blog ini dengan rasminya mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA SEMUA MUSLIM terutama kepada pengunjung blog ini.
Ini adalah merupakan kali pertama saya beraya dengan blog saya ini.. hehe.. Segala silap dan salah anda amat saya harapkan keampunan.. Balik kampung tu berhati-hati ek.. Jangan lak tiba2 jadi benda yang tak patut jadi di Hari Raya ni.. Moga anda semua mengampuni segala kesalahan saya semasa saya berblog ini.. Biasa la, dikatakan baru menceburi bidang blog ini.. Makan tu berpada2 lak.. nantikan semputn lak nanti.. hehe.. Sekali lagi,saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada anda semua..
Read more...
Labels: Hari Raya
Posted by taqi at 12:50 PM 7 comments
Thursday, September 17, 2009
Project Terbaru Saya!!! Nak sertai??

Inilah project terbaru saya. Ingin sertai??? Klik sahaja banner di atas. Ok, ini lah perancangan saya bagi yang akan join di bawah saya:>>>
(1) Saya hanya hadkan pada 10 orang pertama yang akan daftar di bawah saya.
(2) Selepas cukup 10 orang, saya akan meletak sesiapa yang register selepas itu di bawah 10 orang yang terawal tadi.
(3) Sekiranya 10 orang pertama tadi sudah dicapai, saya akan mempromosi downline saya sahaja dan saya tidak akan mempromosi saya lagi kerana saya telah mencapai 10 orang pertama.
PERINGATAN!!!!
(1) Saya akan mempromosi dan membantu downline saya. Tetapi,anda juga perlu berusaha tanpa bergantung sepenuhnya kepada saya.
(2) Saya tidak menjamin anda akan mendapat downline daripada saya dengan masa yang singkat.
(3) Anda perlu serius dalam project ini..
***Bagi sesiapa yang masih belum tahu ape itu GDI, sila klik di sini.
Anda mesti memahami dahulu ape itu GDI sebelum menyertai nya.
Anda diberikan 7 hari free sebelum perlu membayar USD10@RM35 setiap bulan. Selepas 7 hari free,anda boleh tarik diri atau terus berada di GDI. Thanks!!!
***Jika anda ade ape2 soalan, post sahaja di bawah.. Hanya yang serius menjadi keutamaan.
Read more...
Traffic jam yang Teruk!!! Berhati2 wat masa sekarang..

Sudah lama tak update blog ini. Biasa la, beberape hari nak raya ni, memang sibuk. Nasib baik dah berada di kampung. Tak de la bersesak nak balik nanti.
So, beberape hari lagi, dah nak raya, anda beraya di mana?? Di kampung ke, di tempat kerja ke atau di rumah sahaja. Di mana saja anda semua beraya, harap kita happy and enjoy k..
Bagi yang beraya di kampung, anda mesti naik bas, kereta, motor atau sebagainya. Dan macam biasa la, anda akan menempuh kesesakan lalu lintas yang teruk terutamanya bagi kampung yang berada di bahagian Timur. Nasihat saya, berhati2 di Jalan Raya semasa balik kampung dan sentiasa happy walau ape keadaan sekali pun. Bijak dalam mengawal stress anda k. Berhati-hati di Jalan Raya k..
Read more...
Labels: jalan raya, jam, raya, traffic
Posted by taqi at 7:31 AM 0 comments





